Pages

Saturday, 17 December 2011

Sejarah untuk pengajaran

Bila mengingati sejarah silam waktu bangap dulu-dulu, sakit hati ada, geli hati pun ada, tersipu-sipu malu nak mampus pun ada ! Bukan nak mengungkit memori lama tapi just teringat memori lama.


Dulu time sekolah rendah, aku kira hebat dikalangan kawan-kawan. Bukan show off tapi tak sangka pulak kedudukan teratas aku yang pegang. Ehee maklumlah duduk kelas bongok memang selalu dapat highest lah kan. And memang YA lah orang semua kenal aku dah 'anak cikgu' xd


Then bila naik FORM 1 Ni zaman baik yang terulunglah, suci daripada dosa & bebas daripada maksiat, cantik budi bahasa, terpelihara aurat serta zina. Jap cantik budi bahasa ? Yeeekeee, macam tak je xd
Pastu, kira time ni NERD and eee bila ingat balik waktu tu Arghhh kenapalah aku macam ni kenapalah aku macam tu kenapalah bodoh sangat ni ? ? ?
Time ni jugak lahai bila balik kampung ke mana-mana ke, kutuk-kutuk aku macam ustazah lah, bajet alim lah apalah. Gemuk macam tomato lah. Pakai stokin macam ibu mengandunglah. Tudung labuh macam mushroom kena tiup anginlah. Macam-macam lah. Macam babi jee -.- !


Naik FORM 2 dah start Zaman Jahiliyah dimana . . memulakan hidup baru di tempat yang baru & situasi yang baru a.k.a 'World Oustide' dengan itu Jadilah aku yang baru. Dugaan yang datang tu bahasa kasarnya memang melampau pada bahasa sopan 'dugaan yang datang tu sgt hebat'Still fresh lagi time difitnah oleh 'Ustazah' . Uuuu ustazah tu bukan calang-calang orang kan, ada umpph gitu :) Maklumlah ustazah zaman sekarang menyampaikan dakwah 'islamiah' yang bertauliah iaitu  bercerita buruk tentang orang lain :) Wuaaaaaa i'm proud of it. Dulu sakit hati gila lah bila orang fitnah cakap buruk hal kita, now aku dah terbiasa dengan haruman mulut longkang ni :) Takpe, fee tak kisah :))


Maka itu,
Bermulalah prinsip aku "Daripada aku kena fitnah orang kata aku buat benda tak baik lah apalah baik aku buat terus" Maka lompat lah iblis menari-nari :) Aku akui aku kalah and iman berada dalam tahap kritikal lemah.
*nyesai pun ada buat prinsip busuk macam ni*


So now,
This is me. I can be good but sometime I can be devil. Bukan tak nak berusaha untuk berubah ke arah kebaikkan tapi biarlah benda ni slow-slow. Perubahan yang terlalu mendadak, aku tak rasa aku ikhlas. Bukan salah parents yang membimbing tapi salah aku sebab menjebakkan diri dalam hidup macam ni. Biarlah orang kata perubahan tu ikhlas dari hati :) Apa pun, aku highlight di sini :


Apa yang berlaku dulu, apa yang dah berlalu dulu adalah apa yang aku akan ubah untuk menjadi lebih baik :)


Mom Dad,
Even aku ni anak yang tak berapa nak baik untuk korang dua, aku takkan jadi macam anak2 yang luar sana campak mak ayah pastu biar hidup merempat lah hapelah, tikam bunuh segala pada mak bapak diorang sendiri. Aku akan jaga korang baik2 macam menatang minyak yang penuh :) auwwwww ~