Pages

Wednesday, 1 February 2012

Permulaan Februari untuk Fee :)



Seperti di dalam kalendar hari ini bertarikh kan -

* 1 FEBRUARI 2012
                                          
Tak banyak yang aku nak cuba huraikan pada tarikh ni cuma serba sedikit wish list yang nak di listkan untuk permulaan bulan yang baru ni :)




Pertama sekali, SYUKUR KE HADRAT ILAHI , cewah tak boleh belah la fee. Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi Dia memberi aku ruang dan peluang untuk aku meneruskan hidup dan memperbetulkan apa yang salah mempertingkatkan apa yang kurang. Tu sudah pasti, insyallah :)
Seterusnya, aku proud sangat dengan diri aku sebab masih tabah and still teruskan perjalanan walau in sometime tu ada hari yang sangat sukar tapi alhamdulillah dapat harungi dengan sabar even adelah di celah-celah tu ada jugak memberontak and melepaskan keluhan yang kurang enak di dengarin ~ Maklumlah kita ni manusia biasa kan tak lari daripada buat silap :)

Apa yang aku harap dalam bulan Februari ni adalah kebebasan. Kebebesan dalam menyuarakan hak. Kebebasan dalam memilih jalan hidup. Kebebasan dalam melakukan sesuatu. Cewah dah macam politik bagai dah nak kebebasan segala. Hak sama rata gitu. Muahaha xd
Apa yang aku tertera kat atas tu bukanlah bermaksud aku nak bebas macam budak2 zaman sekarang yang merapu-rapu tu. What I mean is, aku nak berdiri atas kaki sendiri. Kalau sebelum ni banyaklah jugak pengalaman jadi 'mak turut' atau bahasa yang zaman mesir purba punya 'Hamba abdi' . XD
Tapi tak ada lah over sangat sampai jadi hamba abdi and bukanlah maksud aku sampai apa yang orang suruh aku buat, aku akan angkat kaki cop kat muka dia. Niat disini bermaksud, kalau benda tu adalah salah and kau memaksa aku maka aku akan berkata sedemekian :

'Sila berambus dan jangan ganggu hidup aku ' cehh bajet budak hot stuff ;p Mana adalah, just mengelak sesuatu tu dengan baik and cuba perbetulkan keadaan tu dengan baik :) Tak ke lebih baik gitu . Maka segalanya akan berjalan dengan baik :) Ye baik-baik ~

Aku sangat mengharapkan agar bulan ni dapat lah memulakan perjalanan aku atas jalan raya dan memegang stereng kereta a.k.a pandu kereta. Haiss cepatlah cepatlah cepaaatlaaahhh ! Nak masuk litar lumba ni :3
And jugak, cepatlah dapat gaji. Aku nak pergi jalan-jalan dengan duit ni nak beli beg, kasut, baju, shawl :) Awww awww first time pegang duit sendiri :D Tak sabar nak belanja mak, ayah, adik2 makan kat luar. Kat kedai mamak JASEMA jelah, janji belanja kan. Haha XD