Betul lah apa kata orang 'Jangan terlalu mengharap'
Sungguh aku silap meletakkan harapan yang menggunung. Tak langsung aku terfikir apakah harapan ni hanya lah bayangan di awangan atau sebaliknya ?
Tapi tak nak lah aku cerita kenapa and apa yang kau mengharap sangat fee sampai cemgini jadinya .
Oh untuk sekilas waktu,
Baru aku teringat cerita sedih apa yang aku nak share. Tanggal 20hb FEBRUARI 2012 dimana jatuh pada hari Isnin a.k.a Monday ialah hari jadi emak. Hm aku ni anak yang tak serupa bikin terlupa dengan secara tak sengaja. Keesokan waktunya, lepas saja balik dari kerja kami sesama jamah Pizza Regular Pepparoni delight yang aku bawa pulang then bersuaralah Pemaisuri agung dalam rumah aku tu yakni Ibu kepada saya NurHafeeza Najiah dengan nada yang mendatar, "Sampai hati kakak kan tak wish pun dekat emak, orang yang pertama wish birthday mak kak siti sorang je. Anak mak ni langsung tak ingat, kot lah nak hantar mesej ke apa."
Er terbatuk-batuk aku. Untuk mengcover kan diri aku yang terasa macam Ya Allah teruk sungguh aku ni, aku cakap lah yang "Maaflah mak, kakak busy sangat sampai terlupa, tarikh hari ini pun kakak tak sure berapa hari bulan :/ " Tengok muka mak aku Ya Tuhan semasam-masam cuka pun tak boleh lawan.
So untuk second gaji aku ingat nak hadiahkan emak sesuatu. Barangkali handbag :) Dah lama sangat mak idam-idamkan handbang baru :) Sabar ye mak. Birthday ke tak birthday ke hari-hari kakak sayang mak ♥
