Pages

Friday, 9 March 2012

OH DEMAM :(

Di kelmarin punya kelmarin hari aku demam, oh macam biasalah sebulan sekali mesti aku demam. Tak demam bebetul kekadang demam buat-buat, well nak cuti MC la kenon nya. Tapi yang Wednesday tu *oh tak salahkan aku berInggeris kat sini. okay terima kasih* haa sambung, masa haritu aku rasa sejuk-sejuk gigil-gigil, haa sah dah demam.

Tapi Rabu tu pepagi lagi dalam jam 7 aku ada kelas memandu. Oh dengan hingus yang cam leleh ni, nasib aku bawa sweater, aku buat2 tutup hidung padahal nak lap hingus. Tapi buat pelan-pelan la. Karang muntah Uncle Wong. Okay aku malas nak cerita panjang bagaimana dengan kelas pertama kau feeza ? Pendek je aku jawab - Masa kat bukit aku asyik undur ke belakang. Masa nak tukar gear, aku asyik mati enjin. Sekian.

Nak cerita pasal demam ;
Setiap aku log in Facebook, pasti di home page tu ada yang mengadu di status 'DEMAM :( '
Ramai jugaklah. Bila dikira-kira termasuk aku er dalam . .*buka kalkulator* okay MATH ERROR -.-

Jadi semua tahu and kalau ada yang tak tahu ni meh aku nak bagitahu 'Sekarang adalah musim demam'
Cuaca kita di Malaysia Oh Tanah Air kuu ~ #nowplaying-Malaysia Tanah Airku
. .  adalah tak menentu. Kekadang hujan, ribut, panas terik, mendung segalanya bercampur menjadi chocolate volcano yang disajikan lagi dengan Pizza Cheesy Lava yang mencair di kerak2 tepinya *telan air liur*
                                                    
Maka itu aku nasihat kau kau semua, jaga diri bebaik. Kalau demam ke sakit apa-apa ke makan ubat. Kalau sakit hati tu er Tanya pada pakar sakit jiwa mungkin ? o.O
Jangan lupa makan ubat tu mengikut jadual yang ditetapkan, jangan jadi stupid makan ikut sedap selera je -.- Lepestu, mandi tu penting. Masa mandi tu, gosok2 kepala badan semua. TAPI jangan mandi lewat sangat ! Karang bertambah panas engkau. Pastu, makan tu harus. Di fahamkan disini, orang yang tak sihat tak lalu makan, bukan setakat orang tak sihat je tak lalu makan, orang yang sakit putus cinta pun tak lalu makan. hapelah bazir je Double cheese burger kau beli tu. Meh bagi aku makan.
Jamahla sikit untuk beri tenaga. Jangan banyak tidur dalam selimut sangat. Ringan kan diri , gagahkan diri bangun atleast jalan-jalan sikit pun jadilah bagi keluar peluh :) Cergas okay tau tau !

Bagi sesiapa yang ada batuk, jangan ambil itu satu benda yang biasa. Makan ubat batuk. Jangan minum air ais, perbanyakkan mineral dalam badan. Kalau ada kahak tu, jangan kau telan balik macam aku buat kalau aku malas  nak meludah. Aha. Terus buang sebabnya aku berpengalaman tak buang kahak, pastu dia cam kumpul dekat organ kita, tak sure mana dia kumpul. Tekak ke paru2 ke entah-entah . Tapi apa yang aku rasa ialah, kesukaran untuk bernafas. Sumpah !
Dan telah mendapat berita bahawasanya, kawan adik aku punya emak sudah meninggal akibat Batuk yang berpanjangan. *BATUK KERING BAHAYA TAU*

Risiko untuk mati di zaman ini sangat tinggi. Jagalah diri, ingatlah orang tersayang. Mencegah lagi baik daripada mengubati. Tapi kalau dah ajal tu, janganlah nak banyak songeh. Kita manusia, hanya mampu berusaha :) Sekian, wassalam.