Pages

Sunday, 15 April 2012

HIDUP SEPERTI PS3

                                                             Percutian ini indah. Seriously indah. Lebihan bila kita berholiday dengan yang tersayang. Tak kisah lah dengan pakwe ke makwe mak cik pakcik tapi lebih syiok bila share moment dengan family. I'm serious. Rarely ini, ramai muda mudi yang mengorban kasih terhadap keluarga demi cinta mereka yang kenon kenon tulus dan ikhlas. 

Metro hebah berita remaja perempuan kena culik dengan belah belah sekian sekian. Mak ayah kat sini risau kemain, menangis sampai tak cukup tisu nak kesat, sampai tak kering air mata dok teringat anak yang kenon kenon kena culik. Agaknya boleh cukup satu tangki kolam ikan kalau nak di takung air mata yang berduyun duyun keluar ( ceh abaikan BM aku )*

Lastly keluar statement, YA ALLAH kau malu mak bapak lah anak ! RUPANYA LARI IKUT KEKASIH -.-
Siapa yang nak dipersalahkan kalau tak lain tak bukan mak dengan ayah. Bila ditanya "Dik, kenapa kau lari?" Takkan dia nak jawab suka suka. Surely 10 per 10 yang ada kes macam ni bila ditanya dia akan jawab "Mak ayah tak memahami. Stress, tension." Kau tak fikir mak ayah kau lagi stress fikir pasal kau.

Adik-adik, kemonlah jangan buat keputusan drumstik. Jangan sesekali salahkan mak ayah. Kalau betul lah lelaki tu sayang, lelaki tu ikhlas tak akan terdetik dekat hati dia nak merosakkan kau orang. And thus lelaki yang rasa diri dia gentle, kalau kau pondan anggap sahaja kau sedang baca komik nobita. If benar kau ikhlas dengan gadis kau, why not tunjuk sikit macho gagah perkasa bak Muzaphar Shah, straight to the point  kat parents dia. "Mak cik pak cik, saya ni yang bernama handsome, nak kawan dengan anak mak cik pak cik, saya suka benar dengan anak mak cik. Pandai mak cik bela dia. Tak sia-sia mak cik pak cik kerah tenaga malam malam" . Aku bagi example je (-.-)'
Pemandu Bot ( Encik Hospi ) : Kita akan berangkat ke LONDON
Cikmun baju swimming : Aduh payah sungguh nak naik.
Datin zazaa : Beruslah gigi anda agar segala toksid dapat dicegah
PLUS, layakkah bagi status pelajar sekolah rendah untuk membicarakan soal cinta? couple ? kekasih ? kahwin ? Mahupun Seks ?
Well aku dah kira seminggu lagaknya aku menjadi guru ganti di sekolah rendah. Sebagai guru ofcourse pengalaman tu ada serba sedikit walau berkarier hanya dalam masa seminggu tapi tak nafi 2 hari pun dah banyak Stories.

*Dialog budak darjah 3 :-

GIRL A : Eh Halim tu abang angkat kau ye?
GIRL B : Yelah, kenapa kau tanya.
GIRL A : Ala mula-mula abang angkat la, nanti couple lettew.
BOY C : Couple tu apa ?
GIRL B : Couple pun tak tahu. Bodoh.
GIRL A : Couple tu bercinta la. Si dia ni bercinta dengan Halim abang angkat dia.

[ Rupanya perempuan lebih gatal -.- ]

Okay then aku gelak. Aku try refresh balik, aku pun macam ni ke dulu ? Podaaahh (-.-)
Tak kisahlah macam mana pun aku dulu, semua tu pengalaman. Dan pengalaman bukan untuk dijadikan bahan hiburan tapi untuk dijadikan pengajaran serta menyedarkan anak-anak bahawasanya itu adalah salah. Tak nafi Allah beri kita perasaan yakni cinta. Tapi bukan setakat Allah yang beri kita cinta, syaitan pun ada kuasa nak berbola-bola api cinta dengan kita. Careful. Cinta manakah yang kita sedang tuju sekarang ?
Jangan silap. Cinta yang Allah bagi, dia takkan sesatkan kita apatah lagi nak berbuat dosa. Sebaliknya cinta yang dianugerahkan oleh Syaitan sangat romantik pabila berduaan berpacaran di pasirang pantai. Aumm aumm :3 *bunyi kucing nak mengawan*

now playing ; ombak rindu
Ombak rindu ke ni ? Macam ong bak je
Aku sebagai orang yang tua. eh bukan bukan maksud aku, aku sebagai orang yang berpengalaman merasai rasa buat jahat seperti ikut kawan pergi mencuri, conteng dinding. Aish jangan bagitahu polis. Dan aku juga pernah melepak di kelab siang bersama rakan-rakan yang daripada geng yang kenon gangster kampung. Aku nak bagi nasihat bahawasanya, apalah guna hidup kalau asyik nak lenggang buat jahat. Tak fikir kah mak ayah yang dah susah payah membela kau daripada kau besar macam plankton sekarang dah gaya macam zirafah tunggang kuda. Tak kesian kah siang malam mereka asyik titis air mata menangis mohon doa anak dia dikalangan orang yang soleh solehah.
Tak rasa malukah dengan Allah yang 24 Jam tak tanpa tidur melihat gerak geri kamu. Tak rasa berdosakah pada Allah yang Mengetahui segala isi hatimu yang berniat tidak baik.



Payah nak menanggung beban lebih daripada 70 kilogram.
piuuuhhhhh kebababoommmmmmmm .
 Lepestu apa jadi , tenggelam lah
mereka :D THE END
Apa yang actually aku nak sampaikan ialah
family is a family. The only thing yang can't be replace.
Hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa.
Jangan anggap diri tu dah cukup perfect.
Even diorang busy dengan kerja bagai, kita as anak
yang patut main peranan kena pandai mencari masa untuk bersama mereka. Lari daripada masalah seriously tak menyelesaikan masalah.  Perempuan zaman sekarang jangan cepat cair dengan ayat gula lelaki. BOYFRIEND ? boleh tak letak itu tangga terakhir. And aku tak aim kan sangat dekat lelaki sebab, most lelaki tak memerlukan sangat perempuan. Mereka lebih kepada kepuasan. (-.-)  certain la . Kottt laaa. Erk.

Banyakkan luang masa bersama ALLAH :)

#apa kena mengena gambar dengan cerita aku ialah
aku nak show opp Family aku ni GEMPAK le cemtulah :) Aku proud ada mak ayah yang memahami, INSYALLAH :))