Salam kasih dari aku, InsyaAllah :)
Setiap apa yang Allah takdirkan pasti ada hikmah, jangan sangsi jangan risau Allah itu Maha Adil. Hanya perlu percaya pada Dia :)
Aku ini hanyalah insan yang masih lagi belajar untuk mengenali diri sendiri malah banyak lagi perkara yang aku perlu terokai. Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah. Tak nafi kita manusia tak lari daripada silap masing masing tak kira lah silap kita tu sebesar zarah mahupun sebesar besar alam. Kalau kita dapat survive dengan baik dan sabar InsyaAllah tolong.
Nak dijadikan cerita. . .
Hati ni sebak menahan luka perasaan Ya Allah Tuhan saja yang tahu apa yang Dia lihat bahkan apa yang Dia aturkan. Sungguh pada awalnya hati ni memberontak bagai nak rak aku rasa nak tikam tikam orang tu. Tak tersangka akan lalui detik macam ni. Detik yang well dalam relay tak sah kalau tak ada liku liku pahit. Namun, setiap kemarahan dan perasaan hantu yang membuak buak tu aku cuba menenangkan, mengawal dengan baik. Ingat apa yang mak selalu pesan, aaaahh tersenyum aku sendiri terharu bahkan :') Setiap rintih kita Allah dengar dan Dia sentiasa bersama kita membawa tangis itu jauh pergi. Dengan Dia aku tenang :')
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.