Pages

Sunday, 5 May 2013

Bicara Hatiku

Sayangku,
Sungguh aku bersyukur kerana dipertemukan kamu yang sentiasa berada di sisi ku,
Sungguh aku tak percaya akan ada lelaki yang terima seadanya aku.

Sayangku,
Engkau orang yang mampu bertahan marahku,
Engkau orang yang mampu membantah kataku,
Engkau orang yang mampu menegur segala silapku,
Engkau orang yang mampu mempertahan segala liku yang berlaku.

Teringat aku kisah dulu,
Aku membisu memikirkan sesuatu,
Membiar hatiku membicara seribu,
Walaupun tak mampu,
Aku terima takdirku.

Sayangku,
Engkau membangkitkan aku,
Membantu aku harungi kehidupan yang berliku,
Aku mengalah dalam buntu,
Namun kau tetap tak berputus asa membantu.

Ya Tuhanku,
Diakah takdirku ?

Ya Tuhanku,
Aku tak mampu menipu,
Sungguh aku punya hati dan perasaan terhadap hambamu itu,
Tunjuklah aku, bukalah pintu hatiku,
Perkenankanlah doaku.

Aku yang bernama nur hafeeza najiah :)