Pages

Saturday, 19 October 2013

Muhasabah :)

Tuhanku,

Diriku yang hina,
Sentiasa sesat dalam kelam,
Menjadi sahabat setia syaitan direjam,
Tak jemu berketawa dengan dunia,
Kerana aku terlalu lemah dan alpa.
Oh Tuhan, bukan ini yang ku pinta.
Adakah kau menguji?
Kembalikan lah aku jika aku buta dalam sesat.

Tuhanku,

Betapa hebatnya dugaanMu,
Kau uji aku dengan hati dan perasaan,
Jika dia untuk aku, permudahkan.
Jika dia bukan untuk aku maka jauhkan dia sejauhnya dari diriku.
Kerana hanya Engkau sahaja yang tahu
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Ilahi.