Wahai ayah,
Yang menggagah tulang mencari rezeki,
Penatmu sembunyi disebalik tawamu,
Berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
Wahai ayah,
Bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu
Apa mampu kau sudikan
Ampun maaf ku sujudkan?
Boleh tidak kau teruskan jika
ku sesat tunjukkan jalan?
Apa layak aku bagi untukmu
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti
Takku berhenti utk berdoa dan terus berdoa
Agar penat lelahmu dibalas kasih Ilahi
Agar aku tak lupa janji utk terus berada disisimu
Agar aku tak putus asa mencapai bintang dilangit
Ayah,
Dia lelaki yang menjadikan aku,
Kerana cintanya
Kerana marahnya
Kerana sempurnanya
