Pages

Sunday, 15 June 2014

bangunkan aku


Aku mengunci diri di dalam ruang yang kosong lorong yang kelam mata yang terpejam. Menghayati setiap maksud irama yang hinggap di corong telinga. Lerai titis titis sesal teringat waktu suka, Oh hidup itu terlalu indah tapi disalah ertikan. Menari nari di pentas dosa menyerah diri pada nafsu dunia. Sehinggalah aku lupa atas apa aku berdiri, pada siapa seharusnya aku berserah.

Aku tak punya waktu
Kian hampir
Kian menyesak dada
Sedang berlari 
Oh Tuhan, aku rebah

Apa lagi yang terdaya
Hanya sisa peluang yang ada
Ini lah cara
Untuk tebus segala
Iaitu kembali semula pada yang Esa
Harapnya masih ada
Ruang untuk menadah pinta tebus dosa

Oh Tuhan
Terlalu Kau sayangkan aku kah
Sehingga begini dugaMu untuk aku
Oh Tuhan,
Begini hebatkah desis jahilku terhadapMu
Sehingga Kau melempar sakit ini agar aku kembali

Nyawa ini masih berhutang
Berikan aku peluang