Assalamualaikum dengan perasaan yang bercampur agak hiba.
Entry hari ini cuma nak share tentang 'Kerana ingin cantik, jahanam terus ciptaan Tuhan yang cantik'
Aku ni perempuan. 'Okay faham' Perempuan yang aku maksudkan ialah ciri ciri yang gila nak cantik sempurna. 'Okay setiap perempuan akan faham' Disebabkan ada ciri ciri tu aku memang tak jemu nak guna malah testimoni segala macam skin care product sampai ke akhir aku rasa macam sangat lah raksasa kerana at the end rasa macam nak siat siat kulit muka ni.
First product ; Fair & Lovely
* Time ni aku still sekolah. So effect dia putih sikit. Cuma sangat tak normal untuk jerawat

2. Safi Balqis
* Effect kejap je pun tapi masih ada effect jua lah. Cuma skrg dah meningkat usia (macam tua amat) jadi tak sesuai dah kot. Lagipun aku seperti tak berkenan bau dia yang dari ke pencuci muka sampailah shampoo sama je bau. Jemu.

3. Sendayu Tinggi
** Product yang di syorkan oleh emak kerana jerawat aku yang macam batu. Dengan muka yang berminyak. Ambil one set trial utk acne. In 2 weeks boleh nampak kesan product ni jerawat yang kian mengecut. Namun setelah habis satu set ni, jerawat naik balik bikin aku stress lagi dan malas nak beli sebab sepanjang pakai ni muka agak berminyak.

4.Nano White
Haa yang ni aku entah entahla. Mahai gila do beli tapi harem. Muka aku double jerawat gila. Memang nangis gila time ni. First try muka rasa segar gila. Aku beli dah la one set. Baziaq gitu ja. So aku fikir positif la, tak kena dengan kulit aku kot sbb kulit aku jenis sensitif. Tapi conclusion nya sangat lah gewram muka dah boleh tabur garam.

5.Cetaphil
*** Yang ini tripple star kita kasi. Product ini sangat di recommend oleh aku sebab aku ada review tentang keberkesanan product ni and ramai bagi positive feedback. Jadi aku pun take a step utk meng testimoni kan muka aku yang dah macam kuali ni.
Product ni dia punya sabun dia tak jenis berbuih and tak ada bau yang best. Nak tunggu hasil dia memang lama. Aku keep pakai product ni tanpa belek pun muka aku sampai lah ada orang tegur muka aku nampak clean. Then baru lah aku terasa macam nak pergi depan cermin, Rasa WOW kejap. Firstime rasa ada kulit bersih.
Time ni aku pakai, pencuci muka cetaphil. Toner dari Safi Balqis & Krim dari Fair & Lovely yang untuk blackheads. Tempoh pakai dalam 2 bulan. Instead of lama, tapi hasil dia alhamdulillah.
6.SPA
Product ni mak yang suggest dia kata dia habis beratus untuk muka aku sahaja. Padahal cerita sebenar aku tak minta pun. Namun iyalah atas permintaan mak aku pun try lah saja atas sebab aku nak beli cetaphil dan toner tapi duit dah kering. Dia punya sabun dia wangi cuma toner dia agak kesat buat muka aku agak pedih. Krim dia agak melekit dan lemau nak pakai pun. Keberkesanan dia, oh jap aku tak perasan pun sebab aku cari cetaphil balik bila duit aku masuk.

7. Wonder Glow
* This moment disebabkan trending semua muka dah flawless aku pun berniat nak cuba atas sebab ramai cakap product ni serious bagus, bagus gila, nampak gila kesan dia & bla bla. First try, boleh la not bad. Cuma nya agak berminyak lah buat stress lagi disebabkan aku pergi kelas naik lrt sudahla panas terik buat muka cair je bertapuk dengan krim siang dia yang quite melekit.
Hasil dia after 2 minggu, muka okay nampak la jua putih dia. Jerawat time ni tak berapa nak ada sangat sebab cetaphil yang aku guna. Kira nak a month jua la guna, at last muka aku kemain pedih dia lagi ku sabun lagi la mencucuk pedih pedih dia. Untuk kesekian kali tak sempat merasa flawless maka aku stop pakai. Tambahan lagi aku review pasal product ni tiruan esther and segala lagi. Tiada kelulusan and banyak bad rumors. Lagi meluak nak berhenti pakai.

8. Emabeautyline
** Aku suka product ni. Di introduce dari instagram, dulu dia kecil kecilan je, masa aku review insta dia tak ramai buyers lagi but skrg alhamdulillah orang kata rezeki anak dia yang baru lahir melimpah ruah. Nak tunggu hasil dia take time jugaklah sebab product dia jenis organic and tak berminyak.
Sabun dia jenis foam tak berbuih jadi tak usah la pump sampai sebotol dek kerana tak berbuih. Dia memang gitu kerana 'organic product'. Krim dia sangat wangi bau dia macam ais krim pun ada foundation yang ada soft texture and macam cake bila pakai halus je kulit. Instead of packaging dia juga lawo. Hasil sepanjang aku pakai, so good even tak flawless tapi rasa clean. So far aku sangat puas hati.
But, aku stop pakai sebab sabun nya dah habis dan ia sangat mahal. Okay bad.

9. Dnarse
* Saja nak try product ni sebab geng aku kata okay. Aku pun beli trial pack yang mana isi dia ada sabun and krim siang & malam. Hasil, muka okay jerawat kurang dan kecut. Suka krim malam dia sebab terasa muka sangat fresh. Krim siang dia bau cannot go. Bau agak pedih and nak sapu kat muka ni krim dia kesat sikit. Terasa sama macam SPA product tapi ni lagi keras. Near 2 minggu pakai, terasa gila muka pedih kulit menggelupas lagi lagi bila terkena cahaya matahari. Sampai satu tahap terkeluar air mata dia tahap pedih nya bila lepas cuci muka dgn sabun dia and pakai toner. PERH kurasa kulitku disiat siat kak.
Dan aku stop pakai dek kerana tidak dapat menahan seksanya. Bangang abadi.


10. Netrogena & St Ives scrub
* Best jugakla product ni. Boleh la not bad sekadar terasa muka sangat ringan. Tapi yang paling best St Ives scrub, bila pakai muka halus gilo wangi ja bau aprikot dia apa tah tu kan. Not bad not bad. Cuma mungkin aku bercampur product ke apa tak pasti sebab aku pakai toner oxy and krim fair & lovely. Buat muka aku kian menjeruk. Pakai pula foundation apa entah, muka jadi kelam gelam kusam.
Then aku rasa sangat fade up. Tambahan aku yang ada resdung, alahan buat aku bertambah teruk teruk dan teruk. Bila pakai cetaphil balik rasa macam payah nak get natural face back, mungkin jua disebab kan effect effect product yang dipakai sebelum ni buat dia merajuk nak rawat muka aku balik sebab pinggirkan dia bila ada product lain.
As perempuan, faham sangatlah bila berada dalam keadaan yang macam ni. Rasa failure, loser, level confident down lagi lagi bila ramai tegur muka hitam lah, jerawat banyak, muka teruk bagai. Muka ni dah pedih dah tambah dengan hati pergh dasyat sangat pedih dia.

11. Sebamed (In progress)
** Di syorkan oleh my man, dimana dia seorang pengutuk aku yang juara juga supporter aku yang power. Sabun sebamed yang maybe tak mahal jua tak murah bolehla. Sama function dengan cetaphil. Kesan boleh nampak jua mengecut jerawat cuma aku faham nak rawat muka sangat mengambil masa yang lama, kita just kena sabar and tak putus asa keep berusaha. Sebamed juga diyakinkan quality dia oleh doktor sendiri.
After that,
Aku ubah perception.
Its okay tak flawless. Tak miliki kulit mulus ke apa putih kapur atau sebagainya.
Janji kulit kita sihat. Actually product product cantik ni boleh disebabkan Radang Kulit. So before nak gunakan sesuatu product, kita review dulu and compare testimoni.
Biar lambat asal selamat. Biar buruk pun janji akhlak lawo. Yayayayayayaya.
