Tak semua parents setuju if kahwin muda lagi lagi study ni. Yalah kena ada kerja tetap bagai bagai. Hm okay okaylah.
Tapi best nya indahnya ada relationship yang halal. Nak buat apa pun takpa. Nak pegang tangan pun tak ada rasa serba salah. Dah suami sah kan. Ni kalau masih tergantung lagi, nak keluar pi makan sama sama pun orang kata macam macam. Upload gambar sama sama pun kena tazkirah macam apa lagi. Tak apalah nak buat cemana bukan salah depa. Dah tulis dalam hukum camtu. Aku ni masih lagi jahil.
Haduish.
Ni haaa gila tak sabar nak praktikal. Habis praktikal ada rezeki aku sambung degree. Sibukkan diri jugak walau tak sibuk tera mana tapi kena cari aktiviti bagi aku TAK FIKIR aku nak kahwin ka aku nak pi date ka nak jaga hati orang ka apa (kena juga la jaga hati orang). Tak sibuk pasal hal manusia manusia yang sepatutnya aku tak perlu nak tau pun !
Ni lah cuti sem yang paling mudarat mughalazah bagi aku.
Kalau di tanya, benda apa yang buat hang menyesai seumur hidup? Aku sanggup tak tidoq seminggu untuk buat esei pasai natang ni. Tapi itulah lumrah hidup manusia, kita tak sedaq bila kita buat, kita menyesal bila kita dah buat. Aku memang rasa nak carut carut ja. (Sabaq feeza)
Kadangnya, yang bila kita menyesal ni sedikit sebanyak dewasakan kita, fikir yang lebih elok, susun langkah langkah supaya kita tak repeat same mistake. Bila Tuhan kata dia dah aturkan yang terbaik untuk kita maka kita kena percaya :) *sedikit kesedaran bagi aku* terpaksa positif
Life tak ada adventure tak best, Tak hari hari kita akan gelak ketawa senyum lebar, tak hari hari kita teriak rasa bodoh gila amat, ada hari kita jatuh tapi semua tu mendewasakan kita. Biar kita rasa sakit supaya kita tak leka kan Tuhan. Sebabnya masa kita ketawa, kita tak sedar tentang Tuhan. Aku taula aku macam tu. Aku kata dah aku jahil kan.
Biarlah dan Bangunlah.
Sedarlah hidup ni sat saja.
Bersyukurlah walaupun ia cuma sederhana.
Sekurangnya Tuhan masih bagi aku sedar.
Aku dah bersyukur.
