Pages

Monday, 10 June 2013

Emakku sayang tak ada pegganti :')

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullah moga sihat ceria selalu & diberkati Allah :)

Its Monday and first night emak dekat ward. Esok dia akan menjalani pembedahan. Katanya nak repair apa entah. Emm I am not so sure sakit apa emak aku ni, bila ditanya cenggini cenggitu jadi keliru kite pun. Tapi apapun we will pray for her goodness, semoga pembedahan tu berjalan dengan baik dan In Sha Allah segalanya dipermudahkan :')

Even baru one day merasa emak tak ada untuk uruskan rumah ibarat rasa seminggu berlalu. Now I get it how tired being her. Bangun seawal pagi hantar adik adik pergi sekolah then pukul 2 ambil diorang dari sekolah. Give them feed, prepare baju sekolah for them untuk esok. Then kena make sure adik adik dah siapkan homework. Then after hantar adik pergi sekolah, singgah sekolah mak untuk hantar paper yang dah dimarking. Stay dekat sekolah mak untuk siapkan seberapa kerja mak yang tak siap. Oh Tuhan, penatnya jadi emak ni. But emak tak pernah merungut bila penat while aku tak pernah cuba faham situasi dia malah menambahkan rasa beban :( Oh Tuhan, kalau ini caranya untuk Kau sedarkan aku, aku redha dan malah berterima kasih denganMU.

With my status now, aku lebih tumpukan apa yang aku kejar and family. Adik-adik, my responsible. Kerana itulah hikmahnya. Kita tak perlukan cinta dunia untuk bahagia bahkan cinta akhirat untuk segalanya. Dan sebaiknya ikhlas untuk aku katakan, biarlah jodoh aku ditemukan dengan hubungan yang sah atau erti kata simple to understand, let husband be the last, no more such 'couple' words :) Ameen mudah mudahan. Dengan ada kawan yang sentiasa ada dengan aku, keluarga yang disisiku, terlalu banyak untuk aku katakan bahawa aku sangat bersyukur.

Hargailah apa yang didepan mata, Syukurilah segala nikmat yang Allah beri, Berilah sedikit ruang untuk insafi diri. Emak ku sayang tak ada pengganti :)