Pages

Thursday, 27 June 2013

Kenapa aku gagal ?

Hai Assalamualaikum,

Menaip lagi aku, tak ada jemu tapi buat hampa rasa loya, haha maafkan saya. Sesungguhnya menulis juga mengarang ni tak dapat nak dipisahkan oleh hamba. Salah satu daripada hobi masa lapang buat masa ni :)

Aku gagal lagi kecapi apa yang aku impikan malah aku lagi tersungkur dalam masa yang sama aku masih bersyukur kerana masih belum terjerumus dalam lembah yang selalu aku sangka aku dah berada disitu. Its 'FAILURE'

Manusia ni bila dah jadi baru dia menyesal. Antara ayat sesal :
- Menyesal aku main main masa tu
- Menyesal aku belajar last minute
- Menyesal aku tak fokus dalam kelas
- Menyesal aku tak buat awal-awal
- Menyesal aku tak serious masa belajar

Then manusia akan buat ayat azam baru. Antara ayat azam baru :
- Nak belajar betul betul
- Tak nak main main dah bila belajar
- Tak nak study last minute
- Nak serious and fokus

Kan? Secara kita tak sedar agak susah untuk kita merealisasikan azam baru yang kita dah list tu. I know because i am too lol . Kita nampak perkara yang obvious happened why kita gagal tapi hakikat secara kita tak sedar kita tak nampak perkara yang kecil or maybe remeh bagi kita ialah punca kenapa kita gagal.

Antara pengalaman aku yang dapat aku share kenapa kita boleh gagal plus rujuk dalam buku motivasi :)


Terlalu yakin sampaikan diri megah tak terasa rendah diri
- Orang yang macam ni bagus coz dia ada target tapi dalam masa yang sama kita tak boleh terlalu yakin dengan apa yang kita ramal sebab kita tak jangka. Yakin tu bagus tapi jangan terlalu sebab kalau apa yang kita harapkan tu tak dapat, boleh cederakan hati kita kan? So bersedarhana lah dalam yakin tu.

Ego sampaikan kita terasa diri kita betul daripada orang lain
- Kita yakin dengan diri kita tu betul and bagus tapi jangan sampai kita rasa diri kita betul sampaikan bila orang lain bagi pendapat, kita nak mencelah yang pendapat kita lagi bagus. Tak salah if kita pun nak bagi pendapat tapi dengar juga pendapat orang lain. Different people different way different opinion :) Thats why orang yang macam ni dia tak dapat achieve target sebab bongkak nya dia. 

Ego & dengki dengan kelebihan orang lain
- Dengki dalam pelajaran sangat bagus sebab daripada situ kita compete untuk majukan diri kita tapi jangan sampai dengki tu jadi melampau ego dia, tak tahu tak nak bertanya, tahu tak nak berkongsi then macam mana nak move forward.  Orang macam ni lah Allah nak uji, dengan kelebihan yang kita ada, bagaimanakah kita  bila diberi nikmat. Then, bila kita tak tahu then kita tak nak bertanya disebabkan ego tu, ha itulah yang bawa kita kepada peribahasa "Malu bertanya, sesat jalan" 

Sombong dengan Yang Atas.
- Aku takkan rasa pelik kalau orang yang dah struggle habis-habisan, study siang malam, buat kerja bagus tapi dia tak rebah diri pada Allah then dia fail dalam hidup dia. Aku mengaku aku dikalangan macam tu, solat tak pernah nak cukup 5 sehari, mengaji sekali sebulan pun payah apatah lagi nak buat perkara sunat lain. And thats why  aku tak kecapi apa yang aku nak. Setiap kegagalan ada hikmah. Kita mencari Allah bila kita perlu kan, endahkan bila kita sedang leka berketawa. Itu sebab kalau kau sombong dengan Allah, Allah tarik nikmat kita. Ha belajarlah pandai mana pun kau, tak kemana pun. 

Aku appreciate dan bersyukur ada kawan yang always remind aku 'Jangan sombong dengan Allah, struggle lah kau macam mana gaya pun tapi kalau sombong dengan Allah mimpilah kau nak berjaya'
Terima kasih syifa :) Syifa ni maksud dia, penawar atau penyembuh. Yes she is, menyembuhkan aku dikala aku duka, menjadi penawar dikala aku dalam gelap.


Conclusion : Kegagalan bukan ertinya its end, its nothing. Bagi aku, its mean permulaan untuk kejayaan :)
Aku still dalam proses untuk belajar dan it doesn't mean I wrote all this means I had success. Ia nya sebagai pembangkit semangat aku kembali and sekadar untuk berkongsi apa yang telah dipelajari. Maafkan andai ada salah, tegur seandainya ada yang silap berkongsilah apa yang ada :) Assalamualaikum