Bismillahirahmanirahim.
Lama tak bertaut, rindu tu ada tapi kekangan masa yang menghalang juga tekanan emosi yang tak mengizinkan aku menulis.
Si dia.
Bersama dia, segalanya kiamat.
Untuk itu, aku berdoa agar tanpa aku Tuhan bahagiakan dia.
Tuhan jagakan dia & berikan dia yang terbaik.
Jauhi dia dari orang seperti aku.
Aku memang tak pandai nak menghargai.
Apatah lagi nak mencintai tulus dan setia.
Nak menjaga hati jauh sekali.
Kerana aku tak punya nurani yang suci.
Aku perempuan yang sehina manusia.
Yang tiada maruah melindungi diri.
Hanya tahu menyakiti dan memberi duka.
Aku berserah bukan kerana aku berputus asa.
Cuma aku terlalu lemah.
Kegembiraan aku hanya tika.
Kesedihan aku tak berlarut.
Aku tahu bagaimana nak mengubat kembali.
Inilah aku yang tabah sendiri.
Hatiku tertutup rapat,
Jiwaku kosong dan kelam,
Jangan dekati aku,
Jangan pernah mencintai aku,
Jangan kenal aku,
Aku tak mahu kau sakit.
Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa,
Kisah aku terbuku,
Biarlah Tuhan menjagaku dengan caraNya,
Kerana DIA tahu apa terbaik untukku.