Ku hanyalah manusia biasa,
Perempuan yang tiada sempurnanya,
Wanita yang sedia lemah,
Anak yang masih bertaut.
Diriku tak minta untuk mewah,
Segalanya dipinta ada depan mata,
Walau kadang hati tu teringin sebegitu,
Namun aku sedar siapalah aku.
Walaupun begitu aku tak terdesak untuk semua itu,
Hanya ku perlu perhatian dan kasih sayang dari tercinta.
Hanya ibu ayahku & adik adikku.
Ibu ayahku,
Maafkan aku yang banyak susahkanmu.
Dari sebelum dilahirkan hingga kini aku melangkau usia remaja,
Maafkan aku yang sering bebankanmu,
Sehingga menghirau sakit penatmu
Semua demi anak anakmu.
Ibu Ayahku tercinta,
Kelak aku yang akan bahagiakanmu,
Inilah tujuan kerana apa Allah takdirkan aku,
Moga Tuhan lanjutkan usiaku untuk tunaikan janjiku.
Ya Tuhan,
Semoga keluargaku dirahmatiMu,
Dilimpahi rezeki halalMu,
Diberkati nikmatMu,
Semoga Kau melindungi kami.
Bukakanlah pintu hatiku.